‘The Real Kaklong Kawasan!’ – Foto Gadis Sado Pemain Rugby Ini Buat Netizen Gerun

Kehidupan

‘The Real Kaklong Kawasan!’ – Foto Gadis Sado Pemain Rugby Ini Buat Netizen Gerun

Sebut sahaja mengenai sukan lasak, pasti pemain yang sering difikirkan kita ialah lelaki. Namun lain pula dengan gadis ini yang berkebolehan dalam permainan sukan lasak rugby! Lebih mengejutkan, gadis ini digelar ‘Kaklong Kawasan’ dek tubuh badannya yang sado tau. Wow.

Dalam perkongsian beberapa video oleh gadis pemilik akaun Tiktok dengan nama Farahanaaziz ini, kelihatan dirinya yang nampak manis dengan hijab.

Namun video tersebut telah mencuri perhatian ramai kerana gadis itu turut sertakan gambar-gambar dirinya ketika menjalani latihan di gym.

Lebih buat netizen impressed tu, sebab ada gambarnya yang jelas kelihatan sado, lengannya tu memang nampak berotot. Bukan tu saja, gambar gadis ini ketika beraksi di padang bermain rugby  ketika tackle bola juga memang hebat habis, patutlah orang gerun. Haha!

Advertisement

gadis sado main rugby

Menerusi ruangan komen, ramai yang tidak menyangka wajah manis gadis ini rupanya tersimpan bakat yang jarang ditunjuk. Rata-ratanya meninggalkan komen yang sangat lucu kerana ‘takut’ dengan kaklong kawasan ini.

“Takpe saya beli beras, saya masakkan, awak rehat je, mesti penat kan…takpe kerja rumah semua saya buat”

Gadis sado 3

Macam-macam hal. Jangan disangka wajah manis lembut tu tak tersimpan belang. Haha. Memang salute gadis ini, katanya dia sedang bermain wakil Malaysia tau.

Walaupun sekarang banyak sukan yang tertangguh, sama-sama kita doakan kejayaan dia dan rakan-rakan ya. Malaysia boleh!

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...