June 30th, 2020

Walaupun sering dihimpit kontroversi mengenai rumah tangga, Bella Astillah nampaknya kini semakin bahagia dengan suaminya, Aliff Aziz dan bakal menimang cahaya mata kedua pula kelak.

Kesabaran dan sikap memaafkan Bella Astillah dalam mengharungi liku-liku berumah tangga telah membuatkan usahawan kosmetik terkenal, Joy Revfa benar-benar mengagumi isteri kepada Aliff Aziz itu.

Advertisement

Joy Revfa juga menyifatkan Bella sebagai seorang isteri yang mempunyai tahap kesabaran dan sifat pemaaf yang tinggi.

Dia yang membuat entri penghargaan kepada Bella di laman instagram miliknya itu turut berkongsi rakaman video pertemuannya dengan Bella baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••• . . Kecil comel sgt orgnya & bicara pun lembut sgt masyallah. Sifat pemaaf nya sgt tebal.. Walau berkali2 “dihancurkan” hatinya, dia tetap memaafkan & melupakan sikap suaminya yg dulu. Syukur Alhamdulillah, hidayah Allah swt tetap hadir utk bahagiakan pasangan ini malah di kurniakan cahaya mata kedua. Syukur, dlm diam mereka berdua tetap beristiqomah & berusaha utk mendalami ilmu agama. Doa kakjoy & kami semua sentiasa utk Bella, Aliff & keluarga. Amin ya rabb ?? . . Eyeshadow Palette yg cantik Bella pegang tu dari MERVE Cosmetics ? Best Seller sgt tau, jangan lupa dapatkan k! Sbb warna2 nya sgt cantikk! Dapatkan eyeshadow palette PRETTY DAILY ni di website : www.mervecosmetics.com.my

Advertisement

A post shared by My NEW IG ? IG LAMA KENA HACK (@joyrevfa) on

“Kagum dengan wanita seperti Bella Astilla,kecil comel je orangnya dan bicara pun lembut sangat, Masyallah! Sifat pemaafnya sangat tebal.. walaupun berkali-kali dihancurkan hatinya, dia tetap memaafkan dan melupakan sikap suaminya yang dulu,”

Malah, Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin turut mendedahkan bahawa pasangan ini juga turut giat mempelajari ilmu agama dalam diam dalam usaha memulihkan kembali hubungan rumah tangga mereka.

 

Advertisement
View this post on Instagram

 

Lepas ni tak boleh pakai makeup tebal2 & bulu mata bagai dah ? Ayat setiap hari encik tunang pesan : “nak keluar pakai makeup nipis2 je..” ? #bertabahlah ? kita ni #makeupaddict ? . ?? @mervecosmetic_hq

A post shared by My NEW IG ? IG LAMA KENA HACK (@joyrevfa) on

 

Advertisement
View this post on Instagram

 

Ladiesss, lepas habis PKP ni jom kita coffee time sama2.. joy ada peluang2 istimewa utk kawan2 bergelar Usahawan semua ? . . Comment sket kt bawah kalau ada masa terluang utk kita jumpa kenal2 & “COFFEE TIME” sama2 ? Yg Komen tu, jap lagi joy akan DM personal bagi no whatsapp utk set date kita jumpa k ?

A post shared by My NEW IG ? IG LAMA KENA HACK (@joyrevfa) on

 Dalam akhir entrinya itu, Joy turut berdoa semoga urusan rumah tangga Bella dan Aliff kembali pulih dan semakin bahagia pada hari mendatang.

Mengimbas kembali, Bella dan Aliff telah mengambil keputusan untuk berpisah setelah Bella memfailkan cerai pada Mei tahun lalu akibat sikap Aliff yang beberapa kali berlaku curang dengan beberapa selebriti wanita tanah air.

Namun, pada April lalu, Bella telah mengesahkan dia dan Aliff sudah kembali rujuk sebagai suami isteri ketika dalam waktu edah dan kini pasangan ini sedang menanti kelahiran cahaya mata kedua dalam waktu terdekat.

 

 

 

Advertisement

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...