“Teruskan Bertudung” – Selalu Dikecam Sebab Imej Seksi, Netizen Komen Lagi Suka Tengok Nora Danish ‘Bertutup’

Hiburan

“Teruskan Bertudung” – Selalu Dikecam Sebab Imej Seksi, Netizen Komen Lagi Suka Tengok Nora Danish ‘Bertutup’

Sering kali dikecam kerana berpakaian menjolok mata, pelakon jelita Nora Danish kali ini mendapat perhatian apabila tampil memakai pakaian yang menutup aurat.

Menerusi entri di laman Instagram miliknya, dapat dilihat Nora atau nama sebenarnya Nora binti Mohd Danish Hanif kelihatan elegan mengenakan abaya serba ungu.

Advertisement

Menjengah di ruangan komen rata-rata warganet menunjukkan tanda sokongan dengan memuji pelakon filem Polis Evo itu kelihatan cantik ketika mengenakan hijab.

“Haa kan elok bila bertudung, SOKONG,” ujar seorang warganet.

“Alhamdulillah, teruskan bertudung,” kata seorang lagi pengikutnya.

Walau bagaimanapun, ada juga yang mengambil kesempatan untuk mengecam Nora dengan menyifatkan pelakon itu tidak tetap pendirian dengan cara pemakaian.

Sekadar info, Nora Danish sebelum ini dikecam netizen dalam satu video tular di TikTok yang menunjukkan dia memakai baju nipis sehingga menampakkan bentuk payu dara.

1 year ago

"Rezeki.. So Kita Enjoy" - Pakai Baju Nipis, Giliran Nora Danish Jadi Mangsa Komen Lucah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...