Teruk Dikecam Netizen ‘Mulut Puaka’, Isteri Sufi Rashid Buat Laporan Polis

Hiburan

Teruk Dikecam Netizen ‘Mulut Puaka’, Isteri Sufi Rashid Buat Laporan Polis

Kecoh dengan kontroversi dimana ibu penyanyi Sufi Rashid iaitu Irma Suriani Mahmud mendakwa dirinya diperlakukan seperti penjenayah ketika majlis perkahwinan anaknya dan kesal dengan sikap menantunya yang dilihat menerusi satu video seakan mahu melarikan diri ketika ketibaan ibu mentuanya di atas pelamin.

isteri sufi rashid buat laporan polis

Advertisement

Teruk dikecam netizen gara-gara isu tersebut, isteri Sufi, Nurulain Md Yusof mendedahkan dia bakal membuat laporan polis terhadap beberapa netizen yang melemparkan kata-kata kesat kepadanya.

Menurut Ain, tindakan itu diambil bukan kerana dia merasa takut tetapi sudah hilang sabar dengan netizen yang terus mengutuknya.

isteri sufi rashidsufi rashid

Ain sudah pun ‘screenshot’ beberapa komen cacian yang telah dilemparkan netizen terhadapnya sebagai bahan bukti untuk diserahkan kepada pihak polis.

Terdahulu, Sufi tampil mempertahankan tindakan isterinya yang meninggalkan pelamin. Bukan berniat untuk bersikap biadab ataupun melarikan diri, tetapi enggan keruhkan keadaan. Terlalu banyak perasaan yang dipendam atas tindakan yang diberikan kepadanya. Menurut Sufi, Setiap kecaman yang dilemparkan netizen melukakan hati ibu serta keluarga mentuanya.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...