Teruk Dikecam Kerana Lagu Lucah, Kini Aliff Syukri Lancarkan Lagu Nasyid

Hiburan

Teruk Dikecam Kerana Lagu Lucah, Kini Aliff Syukri Lancarkan Lagu Nasyid

Selepas menerima pelbagai kecaman dan kritikan kerana lagu kontroversi, Bobo Dimana yang didakwa memberi pengaruh buruk dan berunsur lucah, kini Datuk Seri Aliff Syukri melancarkan lagu nasyid penuh dengan unsur keharmonian yang dinyanyikan bersama isteri tercinta, Datin Shahida.

Advertisement

Lagu tersebut yang bertajuk Agama Kedamaian adalah hasil sentuhan komposer dan penyanyi nasyid terkenal, Hafiz Hamidun. Katanya ia juga diinspirasikan daripada lagu Deen Assalam.

Rata-rata netizen memuji betapa merdunya suara Shahida dan sangat tenang rasa hati bila mendengar lagu itu. Pada masa yang sama, ramai yang berharap agar Aliff akan terus mengeluarkan lagi lagu-lagu berunsur keagamaan selepas ini.

Macam ini baru best, tiada aksi menari terlampau tiada juga lirik yang mengundang kontroversi. Rasa damai dan tenang bila dengar. Harapnya Aliff terus istiqamah dan dapat menghasilkan lagu seperti ini di masa akan datang. Ramai yang akan sokong dan tiada langsung kecaman kan? Apa pula pendapat anda?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...