Teruja Nak Tengok Video Panas Saya, Kalau Memang Ada Tunjukkanlah – Ismail Izzani

Hiburan

Teruja Nak Tengok Video Panas Saya, Kalau Memang Ada Tunjukkanlah – Ismail Izzani

Baru-baru ini penyanyi Ismail Izzani sekali lagi terpalit dengan kontroversi hangat apabila ada pihak menyebarkan ‘screenshot’ kononnya beliau terbabit dalam video lucah.

Advertisement

Bagaimanapun, Ismail menafikan sekeras-kerasnya gosip tersebut. Ismail tidak faham dan merasa kesal mengapa beliau menjadi mangsa fitnah oleh pengguna laman sosial.

Saya pun tak tahu kenapa menjadi sasaran selepas Aiman Tino. Tak tahu nak cakap macam mana. Apabila saya tengok sendiri paparan skrin itu sangat kelakar. Saya pun sudah hubungi sendiri pengguna akaun Twitter itu untuk minta video penuh. Sebab apa yang disebarkan itu dalam bentuk paparan skrin dan gambar. Bagi saya ia tak cukup.

Bukan saja saya, malah orang luar pun teruja nak tengok video itu. Tapi saya yakin, kalau mereka ternampak video itu nanti, insya-Allah mereka tahu ia bukan saya. Yang tak tahu, mungkin akan tetap cakap saya.

Menganggap ia bukan satu isu yang besar, Ismail tidak merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan berita tidak benar itu.

Ismail menganggap apa yang berlaku adalah sebahagian ujian dan dugaan beliau bergelar anak seni. Ismail juga berkata beliau akan lebih berhati-hati dalam melakukan apa sahaja perkara selepas ini kerana tidak mahu mengundang sebarang fitnah.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...