“Tertomos Pulak…” Kes Sanusi Ejek TMJ, Pemuda Pas Johor Mohon Maaf

Hiburan

“Tertomos Pulak…” Kes Sanusi Ejek TMJ, Pemuda Pas Johor Mohon Maaf

Gara-gara komen nakal yang diberikan Menteri Besar Kedah, Daruk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor kepada pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT)ketika kemuncak suku akhir pertama perlawanan Piala Malaysia antara dua kelab gergasi itu baru-baru ini, Dewan Pemuda Pas Negeri Johor telah memohon maaf kepada Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Peperangan mulut antara dua figura itu telah memanggil Ketua Dewan Pemuda Pas Johor, Ahmad Nawfal Mahfodz mengambil maklum bahawa terdapat salah faham disebabkan oleh gaya bahasa yang diguna pakai Sanusi kepada Tunku Mahkota Johor.

Advertisement

Ia merujuk kepada isu tunggakan gaji para staf dan pemain KDA FC yang telah diselesaikan Sanusi sebelum ini telah dibangkitkan terlebih dahulu oleh Tunku Ismail.

Justeru, Dewan Pemuda Pas Negeri Johor dengan rendah hati ingin merafak sembah ampun kepada Tunku Mahkota Johor di atas kekhilafan yang berlaku.

Jelas Ahmad Nafwal lagi, kenyataan yang dikeluarkan Sanusi bukanlah berniat untuk menderhaka tapi hanyalah ingin membangkitkan semangat kesukanan dan tidak berniat kepentingan peribadi.

Sanusi TMJ
2 years ago

"Hang Tak Pakai Seluaq Lagi Aku Main Bola Dah.."- 'Perang Mulut' Sanusi Dan TMJ Curi Perhatian Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...