Tersenarai 100 Top Young CEO 2021, Lan Solo Tak Sangka Perniagaan Kedai Runcit Membuahkan Hasil

Hiburan

Tersenarai 100 Top Young CEO 2021, Lan Solo Tak Sangka Perniagaan Kedai Runcit Membuahkan Hasil

Penyanyi Lan Solo yang kini aktif mengusahakan perniagaan kedai runcit bersama isteri, Nur Sheila Hassim meluahkan rasa syukur apabila telah tersenarai dalam penerima anugerah 100 Top Young CEO 2021, baru-baru ini.

Berita pencapaian tersebut turut dikongsikan Lan Solo atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof di laman Instagramnya untuk kenangan dan tatapan peminat serta pengikut media sosialnya.

Advertisement

Ujar Lan, dia tidak pernah menyangka bahawa dia dan isteri mempunyai tuah dalam bidang perniagaan yang diusahakan mereka sehingga berjaya merangkul anugerah berkenaan.

Tak pernah termimpi Solo Borneo Mart akan sampai ke tahap ini, yela kedai runcit je kan! Tapi bila dah rezeki, Allah kata Dia nak bagi, Dia akan bagi..

Dia dalam pada itu turut meluahkan rasa teruja kerana dapat berjumpa dengan usahawan-usahawan hebat yang lain dalam majlis anugerah tersebut.

Sekadar info, pasangan suami isteri telah mengusahakan perniagaan kedai runcit yang diberi nama Solo Borneo Mart yang menumpukan kepada produk makanan dari Sabah dan Sarawak.

Pasaraya itu dilaporkan telah mempunyai dua cawangan yang terletak di Puchong dan Ampang.

Lan Solo
3 years ago

Bertambah Maju, Perniagaan Kedai Runcit Lan Solo Kini Berpindah Ke Bangunan Tiga Tingkat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...