Tersalah Letak Gambar, Habib Jewels Mohon Maaf Pada Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

Hiburan

Tersalah Letak Gambar, Habib Jewels Mohon Maaf Pada Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

Walaupun sudah seminggu majlis pernikahan Elfira Loy dan Faris K Anuar berlangsung, ia tetap menjadi bualan ramai. Kehangatannya masih lagi dirasai sehingga ada yang sudah melabelkan perkahwinan pelakon itu sebagai ‘Wedding of The Year’ meskipun baru sahaja memasuki tahun baru 2019.

Advertisement

Tentunya Elfira dihujani dengan ucapan tahniah daripada ramai pihak termasuklah juga syarikat barangan kemas popular, Habib Jewels.

Bagaimanapun, ucapan tersebut agak mengejutkan sehingga menjadi viral selepas Habib Jewels memuat naik foto Elfira bersama bekas tunangnya, Sufian Suhaimi ketika majlis pertunangan mereka yang berlangsung pada Oktober 2017.

Mengakui khilaf mereka, Habib Jewels bertindak pantas dengan memadam ‘posting’ berkenaan serta memohon maaf kepada Elfira dan Sufian.

Pada masa yang sama, mereka turut mendoakan kebahagiaan Elfira bersama suaminya.

Fuh! Buat suspen juga Habib Jewels tapi nasib baik mereka cepat bertindak dan mengakui kesalahan tersalah letak gambar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...