Terpalit Kontroversi Selebriti Pukul Tunang, IG Syafie Naswip Diserang Netizen

Hiburan

Terpalit Kontroversi Selebriti Pukul Tunang, IG Syafie Naswip Diserang Netizen

Kecoh sejak awal malam semalam, apabila viral berita seorang pelakon lelaki popular bertindak kasar membelasah bekas tunangnya yang juga seorang pelakon,  apabila wanita itu memintanya untuk berhenti menjalin hubungan sejenis dengan kenalannya pada 26 Jun lalu.

Advertisement

Isu ini mendapat perhatian ramai dan cukup hangat diperkatakan, ada pula netizen tanpa bukti kukuh mula membuat spekulasi mengaitkan nama pelakon Syafie Naswip dalam kontroversi tersebut.

Netizen terus “menyerang” akaun Instagram Syafie, penuh dengan komen mempersoalkan adakah benar berita yang tersebar mengaitkan namanya itu.


Bagaimanapun, masih ada yang tidak percaya Syafie mengasari bekas tunangnya dan mungkin apa yang berlaku hanya satu salah faham sahaja.

Terdahulu, pelakon lelaki yang didakwa memukul tunangnya turut mengeluarkan kata-kata kesat sebelum mencekik leher, menumbuk muka, mencengkam mata serta menumbuk mulut mangsa sehingga berdarah.

Pihak polis dalam satu kenyataan media berkata, kedua-dua pelakon ini memutuskan pertunangan pada 21 Julai lalu. Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Sumber Berita : Media Hiburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...