“Terpaling Bahagia La Tu??” – Ramai ‘Cringe’ Tengok Budak Sekolah Main Cubit-Cubit Pipi Belakang Rumah

Kehidupan

“Terpaling Bahagia La Tu??” – Ramai ‘Cringe’ Tengok Budak Sekolah Main Cubit-Cubit Pipi Belakang Rumah

Umum mengetahui, cuti persekolahan kini telah tiba dan ramai kanak-kanak bersekolah yang mengambil kesempatan ini untuk mengajak keluarga untuk pergi bercuti.

Namun, ada juga kanak-kanak yang memilih untuk hanya berehat di rumah dan meluangkan masa bersama rakan-rakan perumahan.

Advertisement

Seperti yang tular di aplikasi TikTok, seorang pengguna telah merakamkan detik romantis dua orang kanak-kanak yang dipercayai sepasang kekasih.

Menerusi video tersebut, kanak-kanak itu dilihat saling memegang pipi antara satu sama lain dan membalas ‘flying kiss’ sebelum pulang ke rumah.

Perkara itu dikongsikan oleh pengguna tersebut yang sempat mengambil video mereka tanpa diketahui di belakang rumahnya.

Cuti sekolah ramai pulak berdrama belakang rumah ni.

Meninjau di ruangan balas, ramai pengguna media sosial yang terhibur melihat aksi kedua kanak-kanak itu yang baru mahu mengenal erti cinta.

Bukan itu sahaja, mereka turut mengimbau kenangan zaman mereka masih di alam persekolahan dan membandingkan dengan kanak-kanak zaman sekarang yang sudah pandai bercinta diusia yang muda.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

11 months ago

"Pakcik Nak Pakai Duit.." - Warga Emas Cuba Jual Phone 'Nokia' Untuk Beli Beras Undang Sebak Ramai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...