Terpaksa Tangguh Vaksin, Ieda Moin Alami Masalah Hypertension Dan Pendarahan Vagina

Hiburan

Terpaksa Tangguh Vaksin, Ieda Moin Alami Masalah Hypertension Dan Pendarahan Vagina

Pelakon Ieda Moin menjelaskan bahawa dia terpaksa menangguhkan pengambilan vaksin kerana mengalami masalah kesihatan.

ieda moin bertudung
4 years ago

Ieda Moin Kini Berhijab, Mahu Kekal Istiqamah

Advertisement

Ieda dalam pada itu berharap agar tidak wujud amalan berpuak-puak dalam inustri kreatif hanya disebabkan status vaksinasi seseorang artis itu.

View this post on Instagram

A post shared by Ieda Moin Page (@iedamoin79)

Jelas Ieda, dia mengalami pendarahan alat sulit yang teruk dan juga penyakit ‘hypertension’ sekaligus memaksanya untuk menunda pengambilan suntikan pelali COVID-19 seperti yang disarankan doktor.

Janganlah fasal vaksin ni kita bergaduh-gaduh, industri kita ni kecil dan mana-mana kita pusing kita juma. Jangan ada perasaan untuk berpuak-pual dan menuding jari sesama sendiri. Saya ada hypertension yang tinggi dan ada masalah dengan pendarahan vagina yang teruk baru-baru ini. Saya dinasihatkan untuk rehat dulu bagi badan okay dan baru vaksin.

Tambah pelakon Kampung Latah Kena Kuarantin ini, isu vaksin atau tidak adalah satu isu yang sensitif bagi sesetengah individu yang berdepan dengan isu kesihatan.

View this post on Instagram

A post shared by Ieda Moin Page (@iedamoin79)

“Pendapat saya sendiri, kita tidak boleh menuding jari sebab vaksin adalah pilihan dan bila ada isu timbul, kami akan rasa susah dan risau. Kita tidak boleh nak judge sebab kita tidak tahu situasi yang sebenarnya dan janganlah kita berbalah fasal vaksin.” katanya lagi ketika ditemui sebuah media baru-baru ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...