Terlupa Bawak Dompet Bila Pergi Bazar Ramadhan? Jangan Cuak, Jangan Gelabah! Boost E Wallet Kan Ada

Hiburan

Terlupa Bawak Dompet Bila Pergi Bazar Ramadhan? Jangan Cuak, Jangan Gelabah! Boost E Wallet Kan Ada

Salah satu perkara wajib di bulan Ramadhan ini ialah membeli lauk berbuka puasa di bazar berhampiran rumah anda. Fuh!!! Memang seronok jalan-jalan di bazar ini. Boleh lihat pelbagai jenis lauk yang dijual. Ayam percik ada, roti jala ada, kuih-muih ada, air kelapa ada dan macam-macam lagilah. Memang rambang mata dibuatnya!!!

image

semakin popular bazar tersebut, semakin berduyun-duyunlah manusia mengunjunginya

Sebagai seorang manusia, kadangkala kita memang kerap melakukan kesilapan dan kadangkala terlupa sesuatu perkara yang mudah. Contohnya terlupa membawa dompet ke bazar Ramadhan. Mesti stress je memikirkan macam mana nak beli lauk berbuka kalau dompet tak ada kan? Jangan cuak, jangan bimbang, jangan menangis kerana kini anda boleh membayar tanpa tunai di bazar Ramadhan dengan aplikasi Boost.

Advertisement

image

Sejak dari hari pertama Ramadhan, Boost telah melakukan roadshow untuk mendidik orang ramai tentang aplikasi mereka yang membolehkan kita membayar tanpa menggunakan wang tunai. Selain daripada menerjah orang ramai di bazar Ramadhan sekitar Lembah Klang (TTDI, Jalan TAR, Pandah Indah, Puncak Alam dan banyak lagi), Boost juga memberi tunjuk ajar PERCUMA kepada orang ramai di sekitar Taman U Johor Bahru dan Bayan Baru Pulau Pinang.

image

image

Saat paling mengujakan buat Boost ialah apabila Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah turut sama menunjukkan minatnya untuk mengetahui lebih lanjut tentang aplikasi Boost. Pertemuan tidak dijangka ini berlaku di bazar Ramadhan Pandan Indah ketika TPM kita sedang membeli juadah berbukanya di situ. Beliau dengan begitu pantas dan mudah memahami konsep aplikasi Boost dan teruja untuk menerokai aplikasi ini dengan lebih mendalam. Kalau TPM pun dah approve, kita sebagai rakyat kenalah mengikut contoh beliau kan? Hehehe.

image

Jadi tunggu apa lagi? Muat turun aplikasi Boost ke dalam smartphone anda hari ini juga sama ada di Google Play Store ataupun Apple Store. Sekurang-kurangnya kalau tertinggal dompet, anda boleh menggunakan aplikasi ini untuk membuat pembelian di bazar Ramadhan kelak. Untuk maklumat lanjut tentang aplikasi awesome ini, sila layari Facebook Boost Malaysia.



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...