“Terlalu Menghayati…” Adegan ‘Panas’ Ariel Noah Dan BCL Undang Kritikan Netizen

Hiburan

“Terlalu Menghayati…” Adegan ‘Panas’ Ariel Noah Dan BCL Undang Kritikan Netizen

Penyanyi popular Indonesia, Ariel Noah khabarnya telah muncul dengan lagu baharu berjudul Mencari Cinta yang turut menampilkan Bunga Citra Lestari sebagai gandingan duetnya dalam lagu tersebut.

Namun begitu, muncul pula kata-kata kurang enak daripada peminat apabila ada adegan mesra antara mereka berdua di mana keduanya berpelukan dan dilihat cukup intim.

Advertisement
BCL NoahSumber : Google  

Noah yang ditemui media menjelaskan bahawa perkara tersebut didorong penghayatan perasaan yang mendalam terhadap pembawaan lagu tersebut.

 
“Kerana perlu profesional, maka sampai terbawa-bawa perasaan (penghayatan) itu..” ujarnya.

Terdahulu, lagu duet Mencari Cinta itu terus melonjak populariti apabila mendapat lebih tiga juta tontonan hanya dalam tempoh sehari.

View this post on Instagram

A post shared by Ariel (@arielnoah)

Lagu tersebut merupakan kerjasama kedua antara Bunga Citra Lestari dan Noah di mana sebelum ini pernah meledak apabila tampil dengan lagu Menghapus Jejakmu pada tahun lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...