Terkesan Dek PKP, Haqiem Rusli Kini Hanya Bergantung Dengan Duit Simpanan

Hiburan

Terkesan Dek PKP, Haqiem Rusli Kini Hanya Bergantung Dengan Duit Simpanan

Penyanyi popular, Haqiem Rusli memberitahu kini tawaran nyanyian sudah berkurangan, restorannya juga terpaksa ditutup buat sementara waktu dan kini hanya bergantung dengan duit simpanannya sahaja.

Haqiem turut berkata dirinya juga terkesan dengan penularan wabak COVID-19 yang berlaku sekarang ini di negara kita sejak setahun yang lalu.

Advertisement
Sumber : Instagram Haqiem Rusli  

Katanya ketika sesi temubual bersama Harian Metro,

Tipulah kalau tidak terkesan sepanjang pandemik ini. Tawaran nyanyian sudah tidak serancak sebelum ini, malah restoran juga saya terpaksa tutup sementara waktu.

Sekarang ini saya cuma mengharapkan wang simpanan yang ada. Selain itu, saya juga ada beberapa komitmen untuk ulasan dan kempen produk di media sosial.

Menurut penyanyi lagu Tergantung Sepi itu lagi, bagi menjaga keselamatan para pekerja serta ahli keluarganya selamat, dia membuat keputusan untuk menutup sementara restoran miliknya, SanThai Village yang terletak di Setapak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...