Terjual 10,000,000 Unit Di Jepun, Panasonic Lancarkan Pengering Rambut EH-NA98 Untuk Pengguna Malaysia

Hiburan

Terjual 10,000,000 Unit Di Jepun, Panasonic Lancarkan Pengering Rambut EH-NA98 Untuk Pengguna Malaysia

Yang dinanti-nanti telah tiba. Baru-baru ini kami telah dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran Pengering Rambut EH-NA98 Panasonic yang terbaharu. Dilengkapi dengan teknologi Dwi-Mineral & nanoe™ baharu, dari pelancarannya pada 2005 sehingga kini Pengering Rambut EH-NA98 Panasonic ini telah terjual sebanyak 10 juta unit di Jepun. Kini, wanita-wanita di Malaysia turut sama berpeluang menggunakan pengering rambut yang menjadi idaman ramai ini.

aHE-gC-Q

Advertisement

Sedikit informasi untuk anda, Panasonic telah membangunkan pengering rambut sejak tahun 1937 dan telah berusaha keras untuk menghasilkan pengering rambut yang terbaik berdasarkan cara penggunaan dan juga jenis rambut. Hasilnya, Pengering Rambut EH-NA98 Panasonic ini bukan sahaja boleh memastikan kulit kepala dan rambut menjadi lebih cantik, malah ia juga merupakan pengering rambut premium rangkaian teratas yang berupaya memberikan penjagaan sepenuhnya buat rambut, kulit kepala dan kulit wajah para penggunanya. Ini semua mampu terlaksana kerana penggunaan teknologi Dwi Mineral & nanoe™ yang telah dipatenkan oleh Panasonic.

GFdE0RAQ

Mempunyai 3 kelajuan dan 4 mod pilihan, Pengering Rambut EH-NA98 Panasonic dapat memastikan rambut anda sentiasa lembap dan licin dengan teknologi nanoe™ yang digunakan. Teknologi nanoe™ ini mengandungi hampir 1,000 kali ganda lembapan yang dipegang oleh ion. Kelembapan ini kemudiannya akan meresap ke dalam rambut, mengetatkan kutikel rambut dan sekaligus memastikan rambut sihat serta cantik. Paling penting, sekiranya anda menggunakan Pengering Rambut EH-NA98 Panasonic ini, rambut anda tidak akan mudah kusut kerana ia mencegah kewujudan elektrik statik. Power kan?

HxteEooQ

wqcwWnKg

Tak cukup dengan teknologi nanoe™ nya yang dah awesome, Pengering Rambut EH-NA98 Panasonic turut menyediakan ion Dwi Mineral sebagai tambahan. Kedua-dua bahan ini mempunyai sinergi yang sangat mengkagumkan kerana ia turut dapat mengurangkan kerosakan pada rambut akibat geseran ketika menyikat dan juga menghalang rambut rosak daripada sinaran ultra ungu matahari. Senang cakap, bila anda pakai pengering rambut Panasonic terbaharu ini, confirm rambut anda cantik, sihat, bersinar-sinar dan membuatkan orang sekeliling cemburu.

pViaNoQw

Untitled-2

Sepanjang berada di majlis pelancaran Pengering Rambut EH-NA98 Panasonic ini, Abang Nara terkesima melihat rambut-rambut para gadis yang hadir. Semuanya sempurna, cantik, sihat dan bersinar-sinar. Memang terasa nak beli terus. Nasib baiklah Panasonic berbesar hati menghadiahkan satu pengering rambut terbaru keluaran mereka ini untuk dicuba. Jadi korang semua kena tunggu review daripada kami. Betul ke tak betul ke’power’an Pengering Rambut EH-NA98 Panasonic ini sampai 10 juta unit dah terjual. Fuh!!!

Buat sementara waktu, sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Pengering Rambut EH-NA98 Panasonic ini, sila layari laman rasmi mereka



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...