Noor Neelofa Mohd Noor, usahawan, pelakon dan pengacara mengucapkann terima kasih kepada Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri atas teguran yang dianggapnya mendamaikan mengenai keputusan syarikatnya untuk melancarkan koleksi tudung #BeLofa di ruang acara sebuah kelam malam terkenal. Neelofa memberitahu Utusan Online:
Saya anggap ia satu teguran dan nasihat yang mendamaikan dari seorang pakar kepada saya. Saya sangat menghargainya.
Saya dan team NH mengambil berat setiap nasihat dan cadangan yang diutarakan oleh pihak Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri itu.
Neelofa juga mengucapkan terima kasih pada semua pihak yang telah meluangkan masa mengkritik dan memberi cadangan dan teguran berkenaan perihal tersebut:
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang sudi meluangkan masa, memberikan kritikan dan cadangan dalam keadaan saya berhadapan dengan situasi tidak diduga sebegini.
Setiap sokongan, teguran dan cadangan anda, saya hargai dan hanya ucapan terima kasih mampu saya hulurkan.
Pada Isnin, Naelofar Hijab telah melancarkan koleksi tudung terbaru di kelab malam itu. Dalam masa 24 jam, kesemua koleksi turban ##BeLofa telah habis terjual di laman web Naelofar Hijab. – beautifulnara.com