Terima Kasih Ayu Raudhah, Jatuh Bangun Saya Hanya Dia Yang Tahu – Zaquan Adha

Hiburan

Terima Kasih Ayu Raudhah, Jatuh Bangun Saya Hanya Dia Yang Tahu – Zaquan Adha

Kejayaan skuad Harimau Malaya yang berjaya ke final AFF Suzuki Cup 2018 cukup membanggakan rakyat Malaysia.  Bukan sahaja sokongan peminat yang menguatkan lagi semangat mereka, tetapi keluarga juga menjadi tulang belakang disebalik kejayaan yang dikecapi.

Advertisement

Kapten skuad Harimau Malaya, Zaquan Adha baru-baru ini sempat menzahirkan ucapan terima kasih untuk ibunya dan  isteri tercinta yang selama ini cukup memahami serta sering memberikan sokongan kepada dirinya.

Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada mak tanpa doa mak sesuatu kejayaan itu tidak dapat diperolehi. Dan juga untuk isteri saya yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya, dari awal jatuh bangun saya, hanya isteri saya yang tahu.

Bersemut pula kami baca ucapan penghargaan Zaquan ini. Memang benar suami isteri harus saling memberi sokongan dan memahami antara satu sama lain. Ini salah satu rahsia untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.

Sumber Berita : Astro Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...