“Terhegeh-Hegeh!” – 30 Minit ‘Block’ Kereta Orang, Netizen ‘Panas’ Wanita Sempat Kemas Kereta

Kehidupan

“Terhegeh-Hegeh!” – 30 Minit ‘Block’ Kereta Orang, Netizen ‘Panas’ Wanita Sempat Kemas Kereta

Kalau mahu ikutkan common sense, apabila kita sudah double park dihadapan kereta seseorang, tinggalkan nombor telefon di kereta merupakan perkara ‘wajib’ yang perlu dilakukan kerana memudahkan kereta yang dihalang mahu keluar.

Namun, apa yang dilalui oleh seorang wanita ini sememangnya ‘menyusahkan’ apabila terdapat sebuah kereta double park dihadapan keretanya tetapi langsung tidak meninggalkan nombor telefon ataupun free kan gear kereta agar boleh di alih.

Advertisement

Lagi membuatkan wanita tersebut berasa frust dengan kejadian yang berlaku, urusan yang ingin diselesaikan pada hari berkenaan sudah pun tergendala.

Difahamkan dari video yang dimuat naik semula dalam akaun rasmi TikTok Utusan TV itu, pemilik kereta Proton Iris itu telah membuatkan wanita itu terpaksa menunggu selama 30 minit.

Sudahnya lambat setengah jam, netizen yang melihat video berkenaan berasa ‘panas’ apabila pemilik kereta itu sampai ke kereta, bukannya mahu alih secepat mungkin, malah sempat kemas beg di belakang kereta.

komen tiktok

Dalam pada itu, pemilik kereta itu sempat tersenyum dan tidak memohon maaf kepada wanita itu secara depan-depan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

PU syed solat jemaah dengan kipas
3 bulan lalu

"Yang 'Follow' Pun Berdosa.." - PU Syed Tegur 'Trend' Solat Jemaah Dengan Kipas, Minta Netizen Hentikan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    May 25, 2022 at 1:38 pm

    Aku pernah pegi pasar NSK rawang kot, pstu berpusing carik parking. Then ada sepasang couple muda, muda sgt awal 20an gitu, dh selesai beli brg2, dia beli aiskrim sekali, pstu masuk kereta dia bleh bercinta abeskan aiskrim dulu, walhal tau dah aku tggu derang keluar ni. Masa bercinta semua indah kan.. makan aiskrim pun smpai x timbang rasa kt org tggu parking. Xpe laa.. tp aku dh tau, dgn perangai xde common sense mcm tu dan menyulitkan urusan org, dgn xde timbang rasa nyaaa… aku x rasa org mcm tu boleh pergi jauh dlm hidup. Kalau berjodohan pun x lama kot.

  2. Anonymous

    May 25, 2022 at 1:35 pm

    Laaa.. xde laa lama mana pun. Masuk ank, masuk brg, pstu dia blah laa.. semua mnde laa nk viral

    • Anonymous

      May 26, 2022 at 11:29 am

      30 minit x lame kau kate? Bodoh ke ape kau ni?

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Loading...