Kalau mahu ikutkan common sense, apabila kita sudah double park dihadapan kereta seseorang, tinggalkan nombor telefon di kereta merupakan perkara ‘wajib’ yang perlu dilakukan kerana memudahkan kereta yang dihalang mahu keluar.
Namun, apa yang dilalui oleh seorang wanita ini sememangnya ‘menyusahkan’ apabila terdapat sebuah kereta double park dihadapan keretanya tetapi langsung tidak meninggalkan nombor telefon ataupun free kan gear kereta agar boleh di alih.
Lagi membuatkan wanita tersebut berasa frust dengan kejadian yang berlaku, urusan yang ingin diselesaikan pada hari berkenaan sudah pun tergendala.
Difahamkan dari video yang dimuat naik semula dalam akaun rasmi TikTok Utusan TV itu, pemilik kereta Proton Iris itu telah membuatkan wanita itu terpaksa menunggu selama 30 minit.
Sudahnya lambat setengah jam, netizen yang melihat video berkenaan berasa ‘panas’ apabila pemilik kereta itu sampai ke kereta, bukannya mahu alih secepat mungkin, malah sempat kemas beg di belakang kereta.
Dalam pada itu, pemilik kereta itu sempat tersenyum dan tidak memohon maaf kepada wanita itu secara depan-depan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
Anonymous
May 25, 2022 at 1:38 pm
Aku pernah pegi pasar NSK rawang kot, pstu berpusing carik parking. Then ada sepasang couple muda, muda sgt awal 20an gitu, dh selesai beli brg2, dia beli aiskrim sekali, pstu masuk kereta dia bleh bercinta abeskan aiskrim dulu, walhal tau dah aku tggu derang keluar ni. Masa bercinta semua indah kan.. makan aiskrim pun smpai x timbang rasa kt org tggu parking. Xpe laa.. tp aku dh tau, dgn perangai xde common sense mcm tu dan menyulitkan urusan org, dgn xde timbang rasa nyaaa… aku x rasa org mcm tu boleh pergi jauh dlm hidup. Kalau berjodohan pun x lama kot.
Anonymous
May 25, 2022 at 1:35 pm
Laaa.. xde laa lama mana pun. Masuk ank, masuk brg, pstu dia blah laa.. semua mnde laa nk viral
Anonymous
May 26, 2022 at 11:29 am
30 minit x lame kau kate? Bodoh ke ape kau ni?