“Tergamak..”- Beli Nasi Lemak RM1 Dapat Lauk Tahi Ikan Bilis, Wanita Luah Rasa Jijik

Kehidupan

“Tergamak..”- Beli Nasi Lemak RM1 Dapat Lauk Tahi Ikan Bilis, Wanita Luah Rasa Jijik

Seorang wanita meluahkan rasa kesal apabila dia mendakwa mendapat hidangan berupa nasi lemak berlaukkan tahi ikan bilis di sebuah hantaran Facebook, baru-baru ini.

Wanita yang dikenali sebagai Nora itu bercerita lanjut ketika dihubungi mStar Online mengenai insiden tersebut berkata, dia kecewa dan berasa teraniaya meskipun nasi lemak tersebut hanya berharga RM1.

Advertisement

Nasi lemak lauk tahi ikan bilis

Katanya lagi, jika dia menjadi peniaga nasi lemak, dia tidak tergamak untuk menjual hidangan seperti itu kepada pelanggan.

Kalau sambal kosong tak apa. Tapi ni siap ada tahi ikan bilik. Saya terkilan, tapi saya tetap makan sebab ia rezeki. Cuma saya alih tahi ikan bilis tu ke tepi.

Jelas Nora, dia tidak berniat untuk menjatuhkan atau menutup periuk nasi peniaga tersebut namun hanya ingin memberi peringatan kepada orang lain terutamanya kepada peniaga di luar sana.

“Mak saya pun peniaga nasi lemak. Kalau mak saya boleh bagi yang terbaik, kenapa peniaga lain tak boleh buat perkara yang sama? Peniaga kena ingat, pelanggan beli dengan duit. Kesianlah pada pelanggan.” ujarnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut berkongsikan pengalaman yang sama seperti Nora.

FacebookSumber : Facebook  

Kata netizen, ramai peniaga tidak jujur dan hanya memikirkan untung tanpa mengambil kira soal keberkatan dalam mencari rezeki dalam perniagaan masing-masing.

lelaki outstation
2 years ago

(VIDEO) Konon Pergi 'Outstation', Wanita Ini Nekad Serang Majlis Perkahwinan Suami Dan Madu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...