“Terbaik Untuk Saya” – Persembahan ‘Terkucil’ Sehingga Trending Twitter, Ini Respon Nabila Razali

Hiburan

“Terbaik Untuk Saya” – Persembahan ‘Terkucil’ Sehingga Trending Twitter, Ini Respon Nabila Razali

Trending di Twitter, Nabila Razali mencuri tumpuan selepas mempersembahkan lagu Peluang Kedua di Anugerah Juara Lagu (AJL35). Dia sekali lagi dikritik gara-gara ‘terkucil’ di bahagian korus lagu tersebut. Namun begitu, ada juga yang mempertahankan penyanyi ini dengan memberikan kata-kata semangat.

3 years ago

"Buat Malu Je" - Komen Persembahan Peluang Kedua, Hafiz Hamidun Diserang Netizen

Advertisement

Memetik laporan Harian Metro, Nabila Razali memberi respon kepada ciapan orang ramai sehingga namanya trending. Nabila mengakui, masih terdapat banyak ruang yang boleh diperbaiki.

Jujur saya katakan, saya belum periksa lagi telefon pintar saya. Tapi, harapnya apa yang ‘trending’ itu yang baik-baik sahaja.

Lega acara sudah berakhir, Nabila berkata dia gembira dengan apa yang sudah disampaikannya semalam.

Foto: TV3

Alhamdulillah, berakhir juga malam ni. Dah selesai. Walaupun berlangsung tak seperti saya jangkakan, saya gembira dengan apa jua yang sudah saya sampaikan malam ini (semalam).

Sudah tentu boleh diperbaiki lagi. Tetapi persembahan tadi yang terbaik untuk saya. Mungkin sebelum ini saya tak pernah sangka yang saya dapat buat persembahan seperti itu.

Dia turut berterima kasih kepada pihak pengurusan dan pasukannya kerana sudah memberi peluang sehingga ke tahap ini. Ujarnya lagi, persembahannya malam tadi bukanlah pengakhiran, dia berharap rezeki lebih besar akan datang selepas ini.

Foto: TV3

Terpalit dengan beberapa kontroversi panas, Nabila berkata dia telah menghadiri kelas vokal untuk memajukan diri sendiri. Masalah suara yang dihadapi juga telah sembuh sepenuhnya.

Apa yang berlaku kepada saya, tak perlu nak jadikan sebab untuk cerita kepada orang. Apa yang saya letakkan malam ini adalah persembahkan yang orang nanti-nantikan.

Alhamdulillah, saya dapat tunaikan permintaan semua orang yang menantikan persembahan Peluang Kedua daripada saya sendiri.

Nabila berharap selepas pandemik beransur pulih, keadaan dari segi jemputan persembahan dan kerjaya seni akan kembali seperti biasa. Untuk malam akhir AJL35, Nabila bersyukur dapat menunaikan permintaan peminat yang mahukan dirinya sendiri mempersembahkan Peluang Kedua.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...