Tengok Muka Saya, Layakkah Ada Dua Isteri? – Naqiu Boboy Jawab Dakwaan Kahwin Dua

Hiburan

Tengok Muka Saya, Layakkah Ada Dua Isteri? – Naqiu Boboy Jawab Dakwaan Kahwin Dua

Setelah sekian lama menyepi nama Naqiu Boboy kembali hangat selepas menyertai program Gegar Vaganza 2019. Popularitinya melonjak naik dan kembali menjadi kegilaan gadis-gadis.

naqiu boboy kahwin dua

Advertisement

Namun, bila sudah popular pasti akan ada gosip liar yang timbul. Baru-baru ini, Naqiu didakwa pernah berkahwin dua tetapi sudah menceraikan isteri pertamanya. Bagaimanapun, Naqiu menafikan dakwaan tersebut dan menganggap tuduhan berkenaan tidak masuk akal.

Awak tengok muka saya, layakkah ada dua isteri? Memang tak ada. Saya tak tahu dari mana cerita ini timbul. Saya pun tak tahu, malah siap kata ada dua isteri. Semua tahu umur anak saya rapat, iaitu selang setahun.

naqiu boboy

Anak sulung berusia tujuh tahun, kedua (enam), ketiga (lima), keempat (empat) dan yang bongsu baru nak masuk setahun. Jadi, bila masa saya kahwin dua tu.

Dalam pada itu, Naqiu menyifatkan tuduhan dia bertindak kejam menceraikan isteri pertamanya atas hasutan isteri kedua adalah sangat kelakar. Enggan melatah, penyanyi itu berkata dia berlapang dada menerima perhatian yang diberikan.

naqiu boboy

Ini paling kelakar. Isteri saya memang merendah diri. Dia adalah teman hidup saya. Saya terbuka apa saja. Ini bermakna orang memberi perhatian pada saya. Seperti apa yang berlaku sekarang. Dalam sudut positif orang sentiasa mencari saya.

Kalau dari segi negatif, mungkin nak menjatuhkan saya. Tapi saya banyak ke arah sudut positif. Tapi bagi saya okey saja sebab orang cari kita kan. Sepanjang 12 tahun senyap dan baru dalam lebih sebulan saja saya muncul semula orang sudah korek macam-macam. Sedikit sebanyak ada bagusnya juga untuk kerjaya.

naqiu boboyRespek dengan Naqiu yang tidak mudah melatah dengan gosip liar tersebut dan menjawab segala dakwaan dengan jujur. Biasalah orang boleh berkata apa sahaja, tetapi tidak perlu terlalu layan mereka. Kami doakan agar Naqiu terus sukses.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : Neon Pixel

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...