Tengku Muhammad Dan Tengku Natasya Disambut Selamat Tiga Hari Dalam Istiadat Perkahwinan Diraja Pahang Bermula 24 Oktober Ini

Kehidupan

Tengku Muhammad Dan Tengku Natasya Disambut Selamat Tiga Hari Dalam Istiadat Perkahwinan Diraja Pahang Bermula 24 Oktober Ini

Istiadat perkahwinan diraja, Putera Diraja Tengku arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan pasangannya, Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan dilaporkan akan bermula pada 24 Oktober ini selama tiga hari.

Sambutan itu difahamkan akan diadakan di Istana Abdulaziz, Pahang dan merupakan istiadat perkahwinan diraja kedua pada tahun ini selepas Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah bersama pasangan FD Idzham FD Iskandar pada 22,23 dan 25 Ogos lalu.

Advertisement

Perkara tersebut diuar-uarkan menerusi satu hantaran Facebook Kesultanan Pahang, sebentar tadi.

Dalam pada itu, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah berkenan untuk mencemar duli berangkat ke Majlis Siraman yang diadakan di Taman Duta, Kuala Lumpur Semalam.

tengku natasya tunku muhammad

Terdahulu, Tengku Ampuan Pahang turut berkenan untuk berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran Tengku Natasya Puteri di Taman Duta.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tengku muhammad tengku natasya
1 month ago

"Ada Kacukan.." - Bakal Berkahwin Hujung Bulan Oktober, Ini Latar Belakang Bakal Isteri Tengku Muhammad

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...