Tengking Dan Halau Zarina Zainuddin: Peniaga Lumut Mohon Maaf

Hiburan

Tengking Dan Halau Zarina Zainuddin: Peniaga Lumut Mohon Maaf

Susulan dari insiden pelakon Zarina Zainuddin, 48, ditengking dan dihalau seorang peniaga di Dataran Lumut, Ahli Jawatankuasa Persatuan Peniaga Lumut, Ishak Osman, telah meminta maaf melalui laman Facebook Komuniti Seri Manjung FOC pada 3 Januari lepas:

Advertisement

Dengan hati terbuka, saya ingin memohon maaf sekiranya pihak saya membuatkan segelintir netizen dan pelanggan dia tidak berpuas hati.

Saya juga nak buat penjelasan kenapa perkara ini berlaku. Kami bertanggungjawab untuk memastikan semua peniaga di kawasan terbabit memiliki kebenaran berniaga daripada pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM).

Tiada niat menghalau dan menengking, tetapi hanya jalankan tugas. Tiada niat nak menjatuhkan dia. Saya percaya rezeki daripada Allah. Kalau ada pihak yang tidak puas hati, boleh berjumpa dengan saya di Lumut. Saya ada setiap hari di sana.

Saya percaya insiden ini sengaja diperbesarkan seolah-olah saya yang bersalah. Namun saya sebagai peniaga kecil yang turut berniaga, tidak berniat nak menutup periuk nasi dia.

Saya memohon maaf sekali. Sebagai manusia saya juga tak lari daripada melakukan kesilapan.

Harian Metro melaporkan, Zarina telahpun memaafkan Ishak dan isterinya berhubung insiden itu.

Saya dah lama maafkan abang itu kerana tahu saya masuk tempat orang. Kebetulan saya balik kampung kerana ada kenduri sepupu dan membawa bersama pulut kuning yang ditempah. Dalam masa sama, saya sebenarnya hendak membeli ikan bilis di kawasan itu.

Kebetulan pelanggan belum sampai, saya tumpang duduk sekejap. Tiba-tiba datang sepasang suami isteri yang berniaga buah, marah-marah suruh angkat pulut.

Tapi ia sudah berlalu dan saya juga sudah maafkan mereka. Saya juga minta maaf kerana datang tanpa diundang ke tempat orang. Maafkan saya sekali lagi. Lain kali saya kena hati-hati.

Bagaimanapun segelintir Netizen Perak menyatakan yang perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan tidak akan menjadi besar sekiranya Ishak menegur dengan baik. Seorang Netizen menulis:

Apa pun, diharap pihak berkenaan sudah menimba pengajaran dari insiden tersebut. Kalau nak tegur, tegur elok-elok, tak perlu tengking dan halau. Jagalah nama baik negeri sendiri, ya tak?. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...