“Tengah Racing Bang!” – Ditegur Main Basikal Lajak Di Jalan Raya, Cara Budak ‘Menjawab’ Bikin Netizen ‘Panas’

Kehidupan

“Tengah Racing Bang!” – Ditegur Main Basikal Lajak Di Jalan Raya, Cara Budak ‘Menjawab’ Bikin Netizen ‘Panas’

Sedia maklum, kes kemalangan melibatkan basikal lajak sudah sering kali berlaku dan biarpun sudah banyak kes yang berlaku, masih tetap ada budak-budak yang tak serik menunggangnya.

Seperti satu video yang tular di platform Twitter baru-baru ini, video terbabit memaparkan sekumpulan budak menaiki basikal lajak di tepi jalan besar yang dilalui oleh kereta.

Advertisement

Kerana merasakan apa yang dilakukan oleh sekumpulan budak itu membahayakan diri, si perakam telah menegur mereka dan ia di balas semula oleh salah seorang budak yang menaiki basikal lajak itu.

Budak terbabit membalas bahawa mereka sedang berlumba dengan menggunakan basikal lajak yang dinaiki.

Kebanyakkan netizen merasakan jika sudah berlaku kemalangan, ia akan menyusahkan pemandu kereta berkenaan untuk naik turun mahkamah sedangkan bukan salah pemandu itu.

Video terbabit telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata meluahkan rasa ‘geram’ dengan cara pembalasan budak berkenaan seperti tidak mengambil kisah tentang keselamantan diri.

komen twitter

Dalam pada masa yang sama, ada juga netizen yang memberikan cadangan agar kerajaan menyediakan litar untuk pengguna basikal lajak ini supaya mereka dapat mengasah bakat ditempat yang betul dan lebih selamat.

 

komen twitter

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

2 years ago

"Dah Buat Hubungan Intim Beberapa Kali" - Penceramah Bebas Popular Ditahan, Didakwa Rogol Remaja Bawah Umur

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...