Tayang Miliki Kereta Setengah Juta Di Usia Muda, Ramai Anggap Jejaka Ini Saja ‘Show Off’ Dan Didoa Kena Samun

Kehidupan

Tayang Miliki Kereta Setengah Juta Di Usia Muda, Ramai Anggap Jejaka Ini Saja ‘Show Off’ Dan Didoa Kena Samun

Untuk memiliki kereta idaman ketika usia masih muda sememangnya dilihat seperti satu perkara yang mustahil, namun jika ada usahanya, tidak pelik seseorang itu boleh memiliknya seperti jejaka ini.

Jejaka ini tidak teragak-agak untuk berkongsikan video-video kereta mewah BMW i8 miliknya di TikTok hinggga mendapat perhatian ramai di platform berkenaan.

Advertisement

Pihak mStar telah menemubual jejaka terbabit dan difahamkan kereta itu dimiliki olehnya beberapa bulan lalu dengan harga kira-kira setengah juta, RM500,000.

Katanya, pada awal dia ada melihat seorang wanita membuat video memaparkan kereta, jadi dia pun ingin mencuba dan tidak menyangka videonya memasuki For You Page (FYP) di platform media sosial itu hingga dapat meraih perhatian warganet.

Masih tidak puas mengejar impian untuk miliki kereta mewah, jejaka itu kata dia ada menyimpan hasrat untuk membeli kereta mewah lain iaitu Rolls Royce di masa akan datang.

Biarpun meraih perhatian ramai dengan komen-komen positif, masih ada juga netizen yang dengki terhadap pencapaian jejaka itu dengan mengatakan dia sengaja ingin show-off serta mendoakan agar disamun.

Sedar dirinya dikecam, jejaka itu sama sekali tidak mengambil hati dengan apa yang diperkatakan oleh segelintir netizen terhadapnya tetapi sebaliknya berasa sedih terhadap orang yang mengecam kerana ia tidak menjejaskan akaun bank jejaka itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Neelofa jelaskan isu inai Nunha
2 years ago

"Kami Sedang Tunggu SIRIM & HALAL.." - Sedar Ramai Pertikai Isu Inai Nunha, Neelofa Tak Diam Diri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...