Tayang Lawak Tidak Senonoh, Penceramah Tegur Adegan Program Komedi

Hiburan

Tayang Lawak Tidak Senonoh, Penceramah Tegur Adegan Program Komedi

Kecoh ketika ini apabila tindakan orang penceramah bebas, Akhi Fairuz Al-Jengkawi tampil berkongsi sedutan video sebuah rancangan komedi tanah air memaparkan seorang pelawak terkenal sedang ‘mengukur kelapa’ dengan gaya yang agak keterlaluan.

Advertisement

Katanya, lawak yang ditonjolkan seakan lucah dan mampu menjadi punca kepada kes-kes cabul atau ‘sexual harassment’.

Meskipun wujud segelintir pihak yang tampil memaklumkan bahawa lawak tersebut adalah perkara biasa, namun Akhi menegaskan alasan seperti itu membuktikan perkara tersebut sudah menjadi ‘basi’ atau normal dalam masyarakat.

https://twitter.com/akhifairuz_/status/1339828329508048896?s=21

Katanya, biarpun ia dilihat sebagai topik hangat dalam kalangan masyarakat zaman ini, akam tetapi isu ‘lucah’ tidak wajar dijadikan sebagai inspirasi daam membuat lawak demi membuat penonton ketawa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat menyokong hujahnya dan menzahirkan kebimbangan andai adegan seperti itu ditonton oleh kanak-kanak.

https://twitter.com/akhifairuz_/status/1339840104253157381?s=21

Lantas beliau juga memaklumkan kepada umum agar tidak memandang ringan perkara ini kerana ia boleh menyumbang kepada peningkatan masalah gejala sosial di negara ini.

Sumber: Oh My Media

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...