Baru-baru ini, isteri kepada pelawak Tauke Jambu iaitu Nadia mengatakan rumah tangga mereka sudah berakhir dan suaminya itu menceraikannya melalui rakaman suara yang dihantar melalui WhatsApp.
Bagaimanapun, Tauke menafikannya dan mengatakan rumah tangga mereka sedang diuji sehingga isterinya tidak boleh berfikir dengan baik. Mereka berdua masih lagi bergelar suami isteri.
Tak betul, saya tidak melafazkan talak terhadap isteri. Apabila sedang marah, macam-macam tuduhan dilemparkan, tetapi sebagai suami, saya kena sabar. Saya ingat apabila menghantar isteri pulang ke kampung boleh memberi tumpuan pada Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018), tetapi nampaknya pergaduhan lebih teruk.
Saya anggap ini asam garam dalam berumah tangga. Bagi saya ruang untuk menyelesaikannya, tetapi buat masa ini, saya sangat sibuk dengan MLM2018.
Menjawab persoalan tentang ‘orang ketiga’ yang menjadi punca rumah tangganya bergolak, Tauke berkata sebagai artis beliau bertemu dengan bermacam orang ketika bekerja. Tindakan isterinya itu mengadu tentang permasalahan mereka di media sosial adalah sangat tidak matang.
Macam-macam orang selfie dengan saya. Nadia ingat dia berkahwin dengan orang kerja kilang ke? Saya pelik kenapa orang perempuan suka mengadu dalam laman sosial daripada mengadu dengan Tuhan? Masalah dalaman rumah tangga tidak perlulah dikibarkan dengan khalayak. Saya anggap isteri saya belum cukup matang. Dia tidak boleh berfikir baik buruk tindakannya.
Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami dan isteri. Kami harap Tauke dan isteri dapat menyelesaikan segala masalah dengan baik.