Taufik Batisah Rancang Pindah Ke Malaysia

Hiburan

Taufik Batisah Rancang Pindah Ke Malaysia

Ingin mengembangkan kerjayanya dan sering mendapat undangan untuk membuat persembahan di Malaysia, penyanyi Singapura Taufik Batisah merancang untuk berpindah ke Malaysia untuk memberikan seratus peratus tumpuan kepada kariernya itu.

Mengakui isterinya tidak mempunyai sebarang masalah dengan rencananya itu, Taufik bagaimanapun sedang memujuk ibunya untuk pindah bersama.

Advertisement

Bila masa (mahu berpindah) tu belum tahu lagi. Isteri saya tak ada masalah. Sekarang saya kena pujuk ibu saya dulu. Saya rasa bila saya semakin sibuk di sini nanti kenalah pindah. Bila tinggal di sini lebih lama boleh saya buat benda lain juga, berlakon ke.

Taufik sebenarnya sudah lama mengimpikan agar muziknya mendapat tempat di hati peminat industri hiburan Malaysia tetapi percubaan beliau sebelum ini gagal dan melihat peluang yang ada kini adalah masa yang terbaik untuk beliau berpindah.

Penyanyi itu percaya jika beliau menetap di Malaysia, khususnya di ibu kota Kuala Lumpur beliau akan semakin dekat dengan peminat dan peluang untuk muncul di media tempatan  lebih mudah.

Beberapa rakyat Singapura sudah terkenal di Malaysia, antara yang berjaya mencipta nama mereka di sini ialah Aaron Aziz, Adi Putra serta Hisyam Hamid. Mungkin juga Taufik Batisah akan berjaya seperti mereka satu hari nanti. Who knows?

Sumber Berita: Mangga Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...