Tasha Shilla Tak Ada Masa Nak Layan Kontroversi

Hiburan

Tasha Shilla Tak Ada Masa Nak Layan Kontroversi

Kontroversi yang melanda 3 pelakon baru, Anzalna, Neelofa dan Tasha Shilla nampaknya semakin hari semakin hangat. Masing-masing merasakan diri mereka berada di pihak yang benar. Namun Tasha Shilla yang cuba dihubungi oleh pihak portal Murai menyatakan yang dia tak ada masa untuk melayan kontroversi ini pada masa sekarang kerana terlalu sibuk dengan lakonan.

tasha shilla

Advertisement

Kata Tasha:-

Memang Tasha sekarang terlalu sibuk dengan penggambaran telemovie Duyung. Nak layan Twitter pun taka ada masa. Terpaksa Tasha tutup Twitter buat sementara. Apa yang perlu Tasha lakukan sekarang ialah dengan memandang ke hadapan dan tidak bertoleh ke belakang lagi. Biarlah tumpuan Tasha sekarang dalam bidang lakonan yang semakin menampakan hasilnya. Ada beberapa orang wartawan yang telah menghubungi saya sejak semalam untuk meminta pendapat saya berhubung isu ini, tapi saya tidak boleh memberikan sebarang komen. Seperti yang saya katakan tadi, saya sedang sibuk dengan penggambaran dan sepanjang tempoh itu saya tidak mengikuti sebarang perkembangan dunia hiburan di luar sana. Saya tak mahu tersalah cakap pula.

Ini sememangnya satu langkah yang sangat bagus daripada Tasha Shilla. Makin dilayan kontroversi ini, makin panas dan hangat dibuatnya. Kadang-kadang nanti ayat yang keluar mampu mencetuskan lagi kemarahan pihak yang lain. Abang Nara nasihatkan agar Tasha terus tumpukan perhatian terhadap lakonan dan buat derk sahaja terhadap kontroversi yang sedang berlaku ini.

ryaniez

Dapatkan photographer untuk hari perkahwinan anda dengan harga serendah RM1,100 bersama Ryaniez Moments Photography (jurugambar rasmi perkahwinan Fasha Sandha). Untuk info lanjut, layari www.ryaniezmoments.com atau LIKE Facebook Ryaniez Moments.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...