“Tanpa Sedar Akan Patuh KKM..” – Pil Antiviral Paxlovid Didakwa Terkandung Cip, Boleh Hantar Signal Lepas Telan

Kehidupan

“Tanpa Sedar Akan Patuh KKM..” – Pil Antiviral Paxlovid Didakwa Terkandung Cip, Boleh Hantar Signal Lepas Telan

Semakin hari, semakin banyak inisiatif kerajaan membawa masuk kaedah perubatan dan pemulihan bagi membendung penularan wabak COVID-19 di dalam negara kita.

Bukan sahaja dengan cara menyuntik vaksin, kini muncul pula ubat anti-viral yang akan digunakan bagi merawat pesakit positif COVID-19 dengan gejala ringan hingga sederhana iaitu Paxlovid.

Advertisement

Maklum Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pil anti-viral itu boleh diambil oleh orang dewasa dan juga individu yang berisiko tinggi.

DG Hisham PaxlovidSumber : Twitter  

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham menerusi sebuah hantaran di Twitter, Paxlovid tidak bertujuan untuk digunakan sebagai pegganti kepada suntikan vaksinasi yang dijalankan pada ketika ini.

Tular di media sosial di mana sebuah tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp menunjukkan terdapat dakwaan pil itu mengandungi cip pengesan yang boleh membuatkan seseorang pesakit itu dikawal mindanya serta boleh memancarkan signal.

Malah, Paxlovid juga dikatakan dapat membuatkan seseorang itu mematuhi apa saja arahan KKM dan juga boleh terkeluar daripada agama Islam.

Ia sekaligus mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya hairan dengan imaginasi melampau golongan anti-vaksin ini.

Cip dah la mahal nak buat, buang masa tanam dekat otak orang yang tak cerdik. Better tanam dalam otak orang bijak pandai.

Kata individu yang juga seorang doktor yang memuat naik hantaran tersebut, ada sesetengah pil mengandungi sensor tetapi ianya digunakan untuk pesakit psikiatri dan bertujuan untuk mengesan sebarang makanan yang dihadam oleh mereka namun ianya masih belum digunakan secara menyeluruh.

Tapi yang pasti, kajian yang dilakukan oleh pakar perubatan bukanlah bertujuan untuk mengawal manusia.

Paras air laut 2050 malaysia
2 years ago

Iklim Tak Menentu, Muncul Teori Bandar Utama Di Malaysia Bakal Tenggelam Pada Tahun 2050!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...