Tandas Milik BN Kami Tak Boleh Guna? – Sharnaaz Ahmad ‘Hentam’ Kenyataan Dira Abu Zahar

Hiburan

Tandas Milik BN Kami Tak Boleh Guna? – Sharnaaz Ahmad ‘Hentam’ Kenyataan Dira Abu Zahar

Selepas dikecam teruk oleh netizen dan dinasihati oleh rakan artis Sharifah Amani gara-gara melabelkan YB Syed Saddiq sebagai budak-budak, Dira Abu Zahar nampaknya sekali lagi menjadi bualan netizen.

Advertisement

Masih berkaitan dengan luahan tentang isu politiknya, ramai yang tidak puas hati dan kurang bersetuju dengan kenyataan Dira bahawa orang ramai khususnya mereka yang tinggal di kampung baru sedar ataupun tidak tahu bahawa mereka akan mengalami kesukaran untuk menggunakan fasiliti awam yang disediakan oleh pemerintah lalu memandangkan kerajaan Malaysia sudah bertukar.

“Tweet” itu mendapat perhatian pelakon Sharnaaz Ahmad yang menyifatkan kenyataan Dira itu tidak masuk akal.  Sharnaaz berpendapat Dira perlu merehatkan diri sebentar daripada memuat naik pelbagai status.

Bak kata Sharifah Amani pada Dira sebelum ini, cubalah jadi pembangkang yang berkualiti dan jangan menimbulkan kekecohan ataupun memuat naik status yang tidak logik seperti ini. Jangan nanti orang ramai menyampah pula.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...