Tampil Seksi Dalam Klip Video Lagu Make You Wanna, Kumpulan Dolla Tak Kisah Kritikan Netizen

Hiburan

Tampil Seksi Dalam Klip Video Lagu Make You Wanna, Kumpulan Dolla Tak Kisah Kritikan Netizen

Kumpulan Dolla yang dianggotai Sabrina (Sabronzo), Tabby, Angel dan Syasya berkata mereka tidak ambil pusing akan kritikan netizen apabila tampil seksi dalam klip video lagu terbaru mereka yang bertajuk, Make You Wanna.

Kumpulan Dolla yang ditemui media baru-baru ini turut menegaskan bahawa imej seksi yang ditunjukkan bukanlah baru atau sengaja dicipta selepas bergelar artis namun memang realiti mereka berpakaian seperti itu.

Advertisement

“Tak dinafikan, keluarga terutama ibu bapa pun ada nasihatkan supaya tidak terlalu seksi. Tapi kami dah terbiasa seksi sejak belajar di luar negara dahulu. Kami juga sedar ada netizen yang kurang senang dengan imej Dolla dalam video muzik tersebut tetapi kami jadikannya sebagai nasihat positif,”

Mengambil segala kritikan daripada sudut positif, Kumpulan Dolla  mengakui mereka masih dalam proses pembelajaran dan akan memperbaiki apa yang kurang sepanjang penglibatan mereka dalam industri muzik ini di masa hadapan.

Dalam pada itu, Sabronzo yang tampil mengulas lanjut isu seksi itu berkata, pakaian menjolok mata atau tidak sebenarnya terpulang kepada netizen di luar sana untuk menilai. Ada yang beranggapan klip video itu seksi, namun ada di kalangan netizen yang menganggap bahawa penampilan tersebut sesuai dengan konsep muzik video lagu tersebut.

Berasa gembira apabila kumpulan Dolla mula menjadi perhatian peminat muzik tempatan setelah lagu Make You Wanna dilancarkan, mereka berempat bakal muncul dengan single terbaru yang berjudul Impikan pada hujung Oktober ini.

Sumber : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...