Tampar Anak Semasa Mabuk, Suami Pelakon Ditahan

Berita

Tampar Anak Semasa Mabuk, Suami Pelakon Ditahan

Suami kepada seorang pelakon ditahan kerana dipercayai menampar anak perempuan dirumahnya semalam. Siapalah agaknya ni?

BACA: Pelakon Niezam Zaidi Boleh Dihukum Penjara 5 Tahun

Advertisement

Menurut laporan Kosmo, polis menerima laporan kejadian berkenaan sebelum lelaki yang berusia 35 tahun itu ditahan dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah.

Hasil siasatan mendapati bahawa pada awalnya, lelaki berkenaan sedang bergaduh dan disyaki dalam keadaan mabuk bersama isterinya yang merupakan seorang pelakon yang diperkatakan itu. Kemudian, anak mereka cuba meleraikan sebelum ditampar suspek.

Suspek telah ditahan reman selama tiga hari hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan.

Katanya juga, pelakon berkenaan turut memberitahu bahawa suspek merupakan seorang yang panas baran dan juga kaki mabuk.

suami pelakon pukul anak

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga.

Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut kes ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...