(TAKZIAH) Tony Spider Meninggal Dunia Pagi Tadi

Hiburan

(TAKZIAH) Tony Spider Meninggal Dunia Pagi Tadi

Pemain bass kumpulan muzik lagenda Spider, Tony Iskandar dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi ini.

Berita duka itu turut dikongsi pemain gitar kumpulan Exist, Along di akaun Instagram miliknya sekitar jam 3 pagi tadi.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Along Exists (@alongexists)

Difahamkan juga, Allahyarham pada ketika itu sedang berada di studio rakaman Luncai Emas milik seniman Datuk M.Nasir di Sungai Buloh dan meninggal dunia sekitar jam 2.30 pagi.

Arwah Tony dikatakan sedang menyiapkan album kumpulan Jimbara pada ketika itu.

Allahyarham yang terkenal dengan sifat ramah itu turut dikenang pemergiannya oleh beberapa rakan media yang lain iaitu wartawan Syahril Kadir.

“Tony Spider dah tak ada. Sebentar tadi aku macam tak percaya bila dapat tahu dia dah meninggal dunia. Aku cuba call handphonenya, dijawab seseorang. Jenazah Tony kata lelaki itu sedang diurusakan untuk dibawa ke forensik Hospital Sungai Buloh.” tulisnya di laman Facebook.

Sekadar info, Tony merupakan anggota kumpulan asal Spider yang turut disertai Tam (vokalis) dan Nafie (gitaris).

Allahyarham kemudian meninggalkan kumpulan tersebut namun hubungannya bersama anggota kumpulan lain masih akrab sehingga ke akhir hayat.

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga Tony Iskandar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...