(TAKZIAH) Penyanyi & Peserta Big Stage 2020, Sandra Dianne Meninggal Dunia

Hiburan

(TAKZIAH) Penyanyi & Peserta Big Stage 2020, Sandra Dianne Meninggal Dunia

Selepas beberapa hari terlantar koma, penyanyi dan juga peserta program Big Stage iaitu Sandra Dianne telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir awal pagi tadi.

Untuk pengetahuan, Allahyarham Sandra terlibat dengan kemalangan pada Sabtu lepas ketika dalam perjalanan ke latihan konsert Big Stage 2020 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Advertisement

Syarikat rakaman Sony Music Entertainment Malaysia yang mengesahkan berita tersebut turut menyatakan bahawa jenazah Allahyarham akan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Kauluan, Tuaran, Sabah pada petang ini.

sandra dianne meninggal dunia

Jelas wakil syarikat tersebut lagi, urusan membawa pulang jenazah ke Sabah kini sedang diuruskan oleh ahli keluarga arwah.

“Jika diikutkan, keluarga arwah mahu mempercepatkan urusan pengebumian di Sabah. Berkemungkinan arwah akan disemadikan di kampung halamannya, petang ini. Lagi cepat, lebih baik seperti yang diharapkan.”

Keluarga arwah juga memohon maaf sekiranya Allahyarham Sandra Dianne ada melakukan salah dan silap selain berharap agar urusan pengebumian dipermudahkan.

Bakal mencecah usia 26 tahun pada 16 September ini, arwah merupakan seorang yang sangat aktif dalam bidang nyanyian selepas menyertai program realiti Mentor Legend pada tahun 2014.

Walaupun lenyap daripada persada seni buat seketika selepas namanya melonjak dek lagu Hey Kau! tetapi Allahyarham menafikan bahawa dia sudah tidak lagi aktif menyanyi.

Salam takziah buat keluarga Allahyarham Sandra Dianne.

Sumber: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...