(TAKZIAH) Hamil Enam Minggu, Syatilla Melvin Keguguran Kerana Pendarahan Teruk

Hiburan

(TAKZIAH) Hamil Enam Minggu, Syatilla Melvin Keguguran Kerana Pendarahan Teruk

Hasrat dan impian pelakon Syatilla Melvin untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian apabila disahkan mengalami keguguran pada minggu lalu.  Sedang hamil enam minggu, Syatilla megalami pendarahan teruk selepas melakukan kerja rumah.

Advertisement

Mengakui sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku, Syatilla dan suaminya Shaheizy Sam redha dengan ketentuan takdir.

Sekitar minggu lepas, saya mengalami pendarahan yang sangat teruk selepas melakukan kerja rumah. Mungkin saya penat sangat sehingga janin yang telah berusia enam minggu gugur. Pada mulanya, saya agak sedih, maklumlah kami memang merancang untuk menambah zuriat. Tetapi, saya dan suami redha dengan apa yang telah berlaku.

Tidak mudah putus asa, Syatilla akan tetap berusaha untuk mendapatkan cahaya mata kedua dan kali ini beliau akan lebih berhati-hati dan menjaga kandungan dengan sebaiknya.

Syatilla dan Shaheizy mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberina nama Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...