Written by Bella | June 10th, 2019

Dikala masih ramai lagi yang bergembira dalam mood menyambut Syawal, pelakon Fasha Sandha pula mendapat berita sedih beliau mengalami keguguran bayi pertama bersama suami, Aidil Aziz.

Berita itu dikongsikan oleh Fasha sendiri menerusi akaun Instagramnya bersama ucapan memohon maaf kepada suaminya dan kedua anaknya iaitu Rayfal dan Jemyma. Pelakon wanita itu mengakui terlalu aktif ketika hari raya sehingga terlupa beliau sedang hamil.

Pada masa yang sama, Fasha juga berharap peminat dapat mendoakan agar beliau dan Aidil kuat menempuhi dugaan itu dan akan terus berdoa serta berusaha untuk mendapatkan cahaya mata pada masa hadapan.

Kami doakan agar Fasha dan suami tabah dengan ujian yang menimpa ini. InshaAllah, ada rezeki lagi nanti untuk menimang cahaya mata. Jangan mudah putus asa.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

15 responses to (TAKZIAH) Hamil Enam Minggu, Fasha Sandha Alami Keguguran

  1. nana says:

    bila tau mengandung je jangan aktif sangat

  2. aduhai says:

    fasha ni xbelajar dr kesilapanke? dlu ms awal2 ngn jejai pun br 2 minggu da canang mgandung.pastu gugur jugak. lepasni kalau mgandung,learn from mistake k.