(TAKZIAH) Hamil Enam Minggu, Fasha Sandha Alami Keguguran

Hiburan

(TAKZIAH) Hamil Enam Minggu, Fasha Sandha Alami Keguguran

Dikala masih ramai lagi yang bergembira dalam mood menyambut Syawal, pelakon Fasha Sandha pula mendapat berita sedih beliau mengalami keguguran bayi pertama bersama suami, Aidil Aziz.

Advertisement

Berita itu dikongsikan oleh Fasha sendiri menerusi akaun Instagramnya bersama ucapan memohon maaf kepada suaminya dan kedua anaknya iaitu Rayfal dan Jemyma. Pelakon wanita itu mengakui terlalu aktif ketika hari raya sehingga terlupa beliau sedang hamil.

Pada masa yang sama, Fasha juga berharap peminat dapat mendoakan agar beliau dan Aidil kuat menempuhi dugaan itu dan akan terus berdoa serta berusaha untuk mendapatkan cahaya mata pada masa hadapan.

Kami doakan agar Fasha dan suami tabah dengan ujian yang menimpa ini. InshaAllah, ada rezeki lagi nanti untuk menimang cahaya mata. Jangan mudah putus asa.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...