“Takyah Kahwinlah Kau Ni!” – Dengki Tengok ‘Lifestyle’ Bakal Suami Sempurna, Luahan Wanita Ini Dikecam Ramai

Kehidupan

“Takyah Kahwinlah Kau Ni!” – Dengki Tengok ‘Lifestyle’ Bakal Suami Sempurna, Luahan Wanita Ini Dikecam Ramai

Apabila seorang wanita sudah membuat keputusan mahu mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki, ia bermaksud wanita tersebut sudah berfikir secara ‘masak’ untuk menepuh liku-liku kehidupan bersama-sama.

Bukan saja sudah bersedia, malah akan saling tolong-menolong dan support segala keputusan yang di buat kerana itulah tugas yang akan dilakukan jika sudah berkahwin.

Advertisement

Bagaimanapun, perkongsiaan seorang wanita di Twitter ini lain pula kerana dirinya sering berasa dengki dengan pasangannya.

Difahamkan melalui ciapan yang di buat, perkahwinan wanita itu bersama pasangannya sudah tidak lama lagi, namun dia berasa tidak yakin untuk berkahwin hanya kerana mempunyai sifat iri hati melihat rakan-rakan bakal suami yang berjaya.

Menurutnya, baru-baru ini, rakan-rakan bakal suaminya menyambut ‘parti bujang’ hingga ke luar negara dan akan menyambut untuk kali kedua di Malaysia.

Apa yang membuatkan dia berasa dengki, kawan-kawannya tidak berbuat sedemikian. Hinggakan wanita itu mahu berkata kepada bakal suami bahawa dia lebih selesa hidup single dari membuat ‘parti bujang’

komen twitter

Semua ini berlaku hanya kerana berasa cemburu melihat ‘circle’ bakal suami yang didakwa beribu kali sempurna dari dirinya dan ciapan tersebut telah menarik perhatian ramai untuk meninggalkan komen nasihat serta kecaman.

Kebanyakkan netizen menasihati wanita itu tidak hidup berpaksikan kawan-kawan dan bersyukur dengan apa yang dimiliki sekarang ini. Dalam pada itu, ada juga yang tidak faham dengan pemikirannya yang dengki dengan pasangan sendiri sedangkan sudah tidak lama lagi hendak mendirikan rumah tangga.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

bas
2 years ago

(VIDEO) "Kau Ni Menyusahkan Aku!" - Selamba Pukul Anak Dalam Bas, Wanita Dikecam Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...