Takkan Nak Guna Produk Untuk Kekalkan Kulit Putih Sampai Tua? – Nabila Huda

Hiburan

Takkan Nak Guna Produk Untuk Kekalkan Kulit Putih Sampai Tua? – Nabila Huda

Pada zaman sekarang ramai berniaga produk produk memutihkan kulit kerana tidak dinafikan, wanita Malaysia gemarkan kulit yang putih merona.
Penjual-penjual produk seperti ini memang banyak mempromosi barangan penjagaan kulit dan suplemen pemutih kulit di Instagram para selebriti. Ramai yang yang buat tidak tahu saja, namun begitu pelakon Nabila Huda melalui komen Instagramnya telah membalas komen seorang penjual suplemen memutihkan kulit yang mempromosi produk.

Demi kulit putih yang diimpikan memang ramai menggunakan produk memutihkan kulit dan ramai juga merana kulit mereka rosak kerana menggunakan produk yang telah dicampur racun berjadual seperti merkuri, hydroquinone dan tretinoin.

Advertisement

Apatah lagi kesan jangka panjang produk-produk ini tidak diketahui, kerana terdapat juga kes-kes kerosakan buah pinggang dan hati di Malaysia akibat menggunakan suplemen yang diragui kandungannya.

Betul kata Nabila Huda, kita dilahirkan dengan kulit Nusantara, jadi cintailah warna kulit kita. Kalau tak putih pun, bukan tak cantik, kan? – beautifulnara.com

Sumber: Twitter @mikasa_mika

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...