“Tak Tahu Malu Ke?” – Bercinta Dengan Pemain Bola Kelantan FC, Foto Mesra Yazmin Aziz Dikecam Netizen

Hiburan

“Tak Tahu Malu Ke?” – Bercinta Dengan Pemain Bola Kelantan FC, Foto Mesra Yazmin Aziz Dikecam Netizen

Penyanyi dan juga personaliti media sosial, Yazmin Aziz semakin dikenali setelah menyertai program nyanyian Big Stage musim 2022.

Sering menjadi tumpuan peminat, Yazmin memang terkenal dengan gayanya yang seksi di media sosial seperti Instagram misalnya.

Advertisement

Difahamkan, dia juga kini sedang hangat bercinta dengan pemain bola sepak Kelantan FC, Guylherme Brizolara.

Baru-baru ini Yazmin ada memuat naik beberapa keping foto memaparkan dia bersama teman lelakinya itu di media sosial TikTok namun dipadam tidak lama kemudian.

Terlebih mesra bak kata netizen, keintiman Yazmin bersama Guylherme juga menjadi bahan kritikan kerana keduanya beragama Islam dan masih belum mendirikan rumah tangga.

Ditemui Gempak, Yazmin menjelaskan bahawa dia tidak boleh memuaskan hati semua pihak dan hanya ingin memberi fokus kepada dirinya agar menjadi lebih baik.

Saya faham sangat kalau orang nak tanya atau nak tegur. Kita semua mempunyai perspektif dan pendapat yang berbeza tentang sesuatu.

Tetapi tu lah, saya tidak dapat puaskan hati semua orang. Saya hanya boleh fokus untuk menjadi versi diri saya yang lebih baik.

Terdahulu, Yazmin pernah menjadi bahan kecaman netizen apabila dia berpenampilan seksi sehingga menampakkan dadanya ketika berada dalam satu majlis.

Yazmin Aziz
2 years ago

"Terlalu Berani" - Tayang Foto Berbikini Di Instagram, Yazmin Aziz Dikecam Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...