“Tak Tahu Hujung Pangkal Senyap” – Tegur Rakyat Gembira Najib Dipenjara, Netizen Minta Ustazah Asma ‘Diam’

Hiburan

“Tak Tahu Hujung Pangkal Senyap” – Tegur Rakyat Gembira Najib Dipenjara, Netizen Minta Ustazah Asma ‘Diam’

Baru-baru ini, pendakwah bebas iaitu Ustazah Asma’ Harun tampil menegur rakyat yang gembira mendengar berita bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikenakan hukuman penjara.

Melalui hantaran video teguran yang dilakukan dalam Instagram, pendakwah itu kecewa melihat orang Islam menghina sesama sendiri di platform media sosial dengan ayat-ayat yang keterlaluan.

Advertisement

Hantaran video terbabit telah menarik perhatian ramai untuk meninggalkan reaksi mereka dan banyak portal-portal mengambilnya untuk dijadikan berita.

Melalui Facebook Gempak, pihak mereka ada memuat naik satu artikel mengenai hal berkenaan dan ada sesetengah netizen tidak bersetuju dengan apa yang telah diperkatakan oleh Ustazah Asma’ mengenai hal ini.

Menurut mereka, kebanyakkan yang meluahkan rasa gembira apabila mendengar berita Najib dikenakan hukuman penjara itu sudah lama menunggu berita ini kerana itulah hukuman yang selayaknya dikenakan setelah membuat banyak kesalahan beberapa tahun lalu.

komen netizen

komen netizen

Dalam pada masa yang sama, netizen turut berpendapat Ustazah Asma’ tidak perlu membicarakan hal ini dan membentangkan isu lain kerana perkara ini agak sensitif.

Malah, mereka juga merasakan apabila dia menasihati rakyat Malaysia untuk tidak bergembira, ia seolah-olah Ustazah Asma menyebelahi Najib mengenai hal ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

2 years ago

"Najib Dipenjara Bukan Untuk Diraikan" - Fizo Omar Percaya Ada Mesej Tersirat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...