“Tak Suka Unfollow Je” – Eina Azman Dihentam Muatnaik Video Bercium Dengan Suami

Hiburan

“Tak Suka Unfollow Je” – Eina Azman Dihentam Muatnaik Video Bercium Dengan Suami

Kebahagiaan adalah hakmilik setiap insan. Ada sesetengah daripada kita lebih gembira tidak mempamerkan kebahagiaan yang dimiliki di media sosial. Namun sebahagian daripada kita tidak segan silu berkongsikan gambar/video kemesraan bersama si dia yang tercinta. Terpulang kepada citarasa masing-masing. Sudah pasti apa sahaja yang dilakukan akan mendapat reaksi berbeza daripada masyarakat. Itulah yang terjadi kepada Eina Azman apabila dia memuatnaik videonya bercium dengan suami tercinta.

eina azman

Advertisement

Berikut adalah video tersebut. Romantik bukan?

 

View this post on Instagram

 

Love of my life ? @datopadukakaiser #einaazman #datogmix #GESantorini #GEAnniversary

A post shared by Eina Azman (@eina_azman) on

Tak adalah ‘over’ sangat sehingga perlu dikecam oleh sesetengah pihak. Bukannya cium dalam aksi menggoda atau sebagainya. Antara kecaman yang diberi ialah “tak sesuai untuk tontonan remaja-remaja”, “budak bawah umur pun follow Instagram you”, “Orang lain pun ada laki, tak payah la cium-cium kat tempat awam. Tak manis orang tengok. Kita kan orang Muslim dan banyak lagi. Enggan membiarkan kebahagiaan yang dimiliki diperkotak-katikkan, Eina Azman membalas kecaman tersebut:-

Macam yang saya kata, this is my IG. Tak suka boleh unfollow. Terima kasih

eina azman

Namun ada sebahagian yang memuji perkongsian video daripada Eina Azman dan memberikan kata-kata semangat kepada pasangan ini. Baguslah macam tue. Romantik sebegini perlu diteruskan untuk menghangatkan lagi hubungan sesama suami isteri. Antara kata-kata pujian yang diterima oleh Eina ialah “Manusia zaman sekarang ni dah kenapa, ramai sangat yang busuk hati, tak boleh tengok orang bahagia, Laki bini dan sweet pun kena kecam” dan “Benda ni pun orang nak kecam. Biarlah mereka laki bini dah halal”. Apa pula kata anda?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...