Tak Serik-Serik, Shuk Sahar Keluar Dengan Skandal Lama, Netizen Tolong ‘Report’ Dekat Isteri

Hiburan

Tak Serik-Serik, Shuk Sahar Keluar Dengan Skandal Lama, Netizen Tolong ‘Report’ Dekat Isteri

Tak insaf-insaf lagi nampaknya buat pelawak dan juga pengacara apabila dia dikatakan ‘kantoi’ meluangkan masa dengan kekasih lama tanpa pengetahuan isteri, Rossalenna Natassyiah Ashhaferah atau lebih dikenali sebagai Rossa Sera.

Shuk Sahar dan keluarga
2 years ago

"Sayang Sangat Peluang Ni Tak Dihargai.." - Hubungan Rossa Sera Dan Shuk Sahar Kembali Retak?

Advertisement

Kisah rumah tangga antara mereka berdua nampaknya belum menemui titik noktah apabila Rossa ada memuat naik beberapa hantaran Instagram Story yang menunjukkan suaminya itu berlaku curang.

IG Story Rossa SerraSumber : Instagram Rossa Sera  

Kali ini, para netizen pula yang memberi ‘info’ kepada wanita itu mengenai perlakuan curang Shuk di mana seorang individu memaklumkan bahawa dia melihat pelawak itu keluar menonton wayang bersama seorang wanita dipercayai Fara Salleh.

“Hi salam Rossa..semalam malam ada datang Gurney Penang tengok movie tak? Nampak Shuk, perempuan tu tak pasti siapa sebab jauh, tapi memang kurus kering, gaya macam Farah pun ada..” dakwa individu tersebut.

Tidak melatah dengan dakwaan itu, Rossa dilihat tenang menjawab pertanyaan individu tersebut dan menafikan bahawa wanita yang kelihatan bersama Shuk itu bukanlah dirinya.

Instagram Rossa SerraSumber : Instagram Rossa Serra  
Instagram Rossa SerraSumber : Instagram Rossa Serra  

Menerusi beberapa hantaran IG Story yang lain, seorang netizen berkata bahawa dia pernah terserempaj dengan Shuk bersama wanita lain di Kuala Lumpur dan seolah-olah bangga berkelakuan begitu.

Diharap Rossa tenang dan bersabar apabila dihimpit dengan kisah rumah tangga dan kisah kecurangan Shuk.

Semoga konflik ini menemui jalan penyelesaian nanti.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...