“Tak Serah Badan Anak-Anak Untuk Uji Kaji..” Netizen Dah Hilang Sabar Dengan Rita Rudaini

Hiburan

“Tak Serah Badan Anak-Anak Untuk Uji Kaji..” Netizen Dah Hilang Sabar Dengan Rita Rudaini

Kembali mencuit kesabaran netizen, pelakon Rita Rudaini kembali meluahkan pendapat mengenai vaksinasi, kali ini mengenai anak-anaknya pula.

Dalam beberapa siri hantaran di Instagram Story miliknya, Rita berkata dia bersyukur kerana Tuhan telah menjadikannya seorang ibu yang bodoh kerana tidak membiarkan anak-anaknya dijadikan bahan uji kaji vaksin.

Advertisement
Instagram Story RitaSumber : Instagram Rita Rudaini  

Ujar Rita, ramai netizen di luar sana yang kasihankan Ryan dan Arjuna kerana mendapat seorang ibu seperti dirinya  yang dianggap tidak mementingkan soal kesihatan dan keselamatan anak sendiri.

Nasib baik Tuhan jadikan sistur seorang mak yang bodoh tak serah badan dan anak-anak untuk uji kaji. Sistur syukur sangat dipilih jadi bodoh betul.

Dalam satu hantaran Instagram Story berlainan, Rita ada berkongsi keratan berita tentang penemuan varian terbaru COVID-19 iaitu Omicron yang dikatakan menyebabkan keletihan teruk kepada pesakit.

“Awat letih sangat ni..adakah salah mop? Ke sebab Omicron megatron bagai? Tapi hari-hari memang letihlah lepas buat kerja rumah. Geram ni sebab confuse.” tulisnya.

Dia dalam pada itu meminta orang ramai agar sentiasa mengemaskini MySejahtera dan mematuhi SOP yang ditetapkan dan tidak menjadi bodoh sepertinya.

Menjengah ke ruangan komen media sosial di sebuah forum tempatan, ramai yang nampaknya sudah ‘geram’ dan hilang sabar dengan aktres itu.

Netizen juga beranggapan bahawa pelakon filem Anak Mami Junior itu sebagai seorang yang angkuh dan tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup mengenai vaksin.

Rita Rudaini
2 years ago

Guru Anti-Vaksin Diletakkan Dalam Tandas, Rita Rudaini Berang, Bakal Dedahkan Nama Sekolah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Rita Rudaini

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...