“Tak Semua Dapat Result Sama..” – Doktor Kongsi Self-Test Kit Yang Lebih Tepat Keputusan Ujian COVID-19

COVID-19

“Tak Semua Dapat Result Sama..” – Doktor Kongsi Self-Test Kit Yang Lebih Tepat Keputusan Ujian COVID-19

Lambakan kit ujian kendiri COVID-19 di pasaran pastinya sedikit sebanyak membuatkan kita ‘pening’ dan keliru untuk memilih yang terbaik kerana kadang-kadang ada diantaranya palsu dan tidak mendapat kelulusan daripada KKM.

Advertisement

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila ada netizen yang membuat sendiri ujian saringan COVID-19 menggunakan self-test kit ini namun mendapat keputusan yang berbeza dan tidak tepat.

Dalam sebuah perkongsian yang dibuat oleh seorang individu yang dikenali sebagai Dr Muiz Murad ini, dia ada menyenaraikan  beberapa jenama self test kit sebagai panduan untuk pengguna.

Dalam hantaran yang dimuat naik di Twitter miliknya itu, Muiz telah menunjukkan jenama yang mengeluarkan keputusan positif dan negatif apabila digunakan oleh pengguna.

Yang bertanda hijau adalah lebih baik digunakan. ” Kawan doktor saya punya pesakit yang ramai mendapat keputusan negatif bila menggunakan yang kiri namun positif apabila guna yang di sebelah kana & buat PCR.”

Meninjau ruangan komen, ramai warga maya berkongsikan pengalaman menggunakan self- test kit  dan masing-masing memberi jawapan yang sama seperti yang diperkatakan Muiz iaitu keputusan negatif diperoleh ketika melakukan ujian sendiri namun keputusan positif setelah membuat ujian PCR.

Self test kitSumber : Twitter 

Sebagai kesimpulan, ada yang beranggapan bahawa orang ramai perlu menggunakan lebih dari satu alat ujian kendiri di rumah untuk mendapat keputusan yang sebaiknya.

Namun jika bergejala segera lakukan ujian saringan di klinik ataupun hospital.

mysj
9 bulan lalu

"Tetap Berkeras Tak Bagi Masuk" - Tak Ada Handphone, Suami Isteri Dihalang 'Guard' Sebab Tiada MySejahtera

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...