Tak Sempat Dapatkan Rawatan, Ibu Peluk Cium Jasad Anak ‘Pergi’ Dalam Bas Ekspres – “Aku Tak Mampu Setenang Dia”

Kehidupan

Tak Sempat Dapatkan Rawatan, Ibu Peluk Cium Jasad Anak ‘Pergi’ Dalam Bas Ekspres – “Aku Tak Mampu Setenang Dia”

Selain sekolah dan pengangkutan, Sarawak juga kekurangan klinik serta hospital dan lebih menyukarkan keadaan jarak antara pekan atau bandar di bandar itu agak jauh.

Ia membuatkan perjalanan untuk seseorang itu mendapatkan bantuan kesihatan atau rawatan menjadi lewat dek kerana perjalanan yang memakan masa.

Advertisement

Lagi pula, bagi penduduk yang tidak mempunyai lesen atau kenderaan sendiri sudah tentu mereka perlu menaiki bas ekspres atau ‘henti-henti’.

Namun, seorang ibu dari Sarawak ini pasti akan teringat-ingat dan berasa ralat apabila mengingatkan tentang apa yang baru berlaku terhadap anaknya.

Tular di Facebook video menunjukkan wanita itu memeluk erat anaknya yang dikhabarkan sudah meninggal dunia. Meskipun dilihat tenang, namun siapa tahu sebenarnya si ibu meronta-ronta di dalam hatinya.

Difahamkan, dia mahu menghantar anaknya itu untuk berubat di Kuching namun malangnya bayi itu tidak sempat dirawat kerana telah menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan dari pekan Julau.

 

Ketika kejadian, bas dinaiki mereka berhenti untuk rehat di Jelukong Rest Stop dan pada saat itulah si ibu menyedari anaknya sudah tidak bernafas.

Sambil mendukung anaknya, dia dilihat mengusap serta mengucup kepala anaknya itu sambil dikelilingi orang awam. Menurut info, seorang ketua rumah panjang yang kebetulan berada di situ menawarkan untuk membawa bayonya ke pusat perubatan Betong serta turut memberikan RM300 kepada wanita itu untuk perjalanan pulang ke rumah.

Rakaman tersebut mengundang rasa sedih dalam kalangan warganet malah ada yang berkata wanita itu mungkin dalam keadaan terkejut namun hanya mampu memberi reaksi ‘kosong’ sebegitu.

 

Ramai netizen mengucapkan takziah dan akui tidak dapat bayangkan jika mereka berada di tempat ibu berkenaan sama ada mereka mampu tenang sepertinya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

Ibu Lemah Longlai, Hampir Rebah Dapat Tahu Bayi 3 Bulan Meninggal Hari Pertama Di Rumah Pengasuh

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...