“Tak Sedar Terus Bayar..” – Dipukau ‘Scammer’ Pakai Uniform TNB, Wanita Ini Rugi RM600

Kehidupan

“Tak Sedar Terus Bayar..” – Dipukau ‘Scammer’ Pakai Uniform TNB, Wanita Ini Rugi RM600

Sebuah perkongsian oleh pengguna media sosial Facebook mungkin dapat membuat anda lebih berhati-hati selepas ini ketika berseorangan di rumah.

Wanita yang dikenali sebagai Nor Zaina Zanariah itu memaklumkan bahawa ibunya telah didatangi seorang lelaki yang memakai pakaian seragam TNB dan cuba untuk ‘memukau’ warga emas itu.

Advertisement

Malah, ibunya turut mengalami kerugian wang tunai sebanyak RM600 akibat ‘dipukau’ lelaki itu.

Difahamkan, lelaki itu memberitahu ingin melihat tong gas di dalam rumah dengan alasan peralatan memasak mudah terbakar itu telah meletup di sebuah rumah jiran sehingga perlu menghubungi bomba.

Lelaki itu kemudian meminta pisau dan warga emas itu mengikut sahaja arahan lelaki berkenaan.

Rupa-rupanya dalam masa yang sama dia terus menoreh paip getah tersebut dan memberitahu mak saya yang getah tersebut bocor.

scammer pukau tong gas TNBSumber : Facebook  

Selesai semuanya, dia meminta bayaran sebanyak RM600 kepada mak saya. Mak saya terus bayar kepada orang tu.

Setelah lelaki itu pulang, ibu wanita itu baru tersedar bahawa dirinya dipukau namun bersyukur kerana tiada sebarang kecederaan serius dialami warga emas tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen bercerita mengenai situasi yang sama dan memaklumkan sindiket pukau itu bukanlah perkara baru kerana pernah terjadi sebelum ini.

Dalam pada itu, ramai yang menasihatkan agar orang ramai terutamanya warga emas untuk berhati-hati ketika tinggal sendirian di rumah.

Viral tular siku wanita di atas moto
2 years ago

(VIDEO) "Nasib Baik Tak Jatuh.." - Netizen Rakam Video Lelaki 'Belasah' Wanita Atas Motosikal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...